Friday, March 6, 2015

keimanan

sering kali rasa putus asa menyinggah hati dan jiwa dari terus berusaha
namun ku segarkan kembali dengan keimanan bahawa Allah itu Maha Pemberi Rezki
andai ditakdir itu rezkiku pasti Dia tidak akan menundanya walau sesaat pun

seringkali juga aku melihat kepada sebab yang juga makhluk kepada Allah 
dan terlupa bahawa Allah mampu menjadikan sesuatu tanpa berkehendak kepada sebab. 
Kerna Allah jua yang mencipta sebab dan melenyapkan sebab

sering aku terlalai menjalankan tugas yang diamanahkan kepada ku sebagai hambaNya
aku sedar menjadi ibu bukan sekadar melahirkan, memberi makan dan minum seperti lagaknya binatang 
yang paling penting adalah bagaimana harus ku hidupkan jiwa mereka dengan cinta Allah dan Rasul
ya, bagaimana aku memberi jika aku tidak memiliki

p/s: coretan CD141


Wednesday, March 4, 2015

terus bertabah

assalamualaikum!

how your day? hope everything is fine. 

hari ni dah CD140. lama kan :(
tinggal 4 biji lagi cyclo progynova nak habis. kiranya ada lagi lebih kurang seminggu lagi for next cycle. 

act dah penat dgn cycle ni. tasyabarr nak tamatkannya. huuu. even dah lost count pon ari ni da CD ke bape. naseb ada fertility friend tuk remind. hee. 

insyaAllah after this akan buat HSG. maybe next saturday. cuak koyt. hopefully tak sakit and no problem. insyaAllah. kena positive. :)

moga Allah mudahkan jalan untuk kami menimang cahaya mata sendiri
moga Allah kuatkan kami menempuh jalan ni. 
Sungguh Allah tak memberi sesuatu ujian melainkan untuk memberi pahala atas kesabarannya hambaNya itu menghadapi kesusahan itu. 

Ameen. 

p/s: HSG free cz consult dekat hospital kerajaan kat mesir ni. kebetulan kawan yg study medic tolong tuk consult dgn dukturah dia. so act dapat private consult with free of charge. alhamdulillah rezki. kalu kat Malaysia confirm la kena pegi private and tak taw la kena spent berapa. :(